Tuesday, September 14, 2010

Bile hari raya tiba!

wah! bestnyer. hari raya dah tiba! Sudah mintak maaf daripada ibu bapaku. hahahahaha! bapa memberiku $60 sebagai duit raya. heh~ dah boleh beli kasut VANS seyh. heh~ Rumah pertama keluarga ku singgah, rumah nenek disebelah ayahku. Bile saya masuk rumah nenekku, ku dpt tahu yang nenek sakit di biliknya. apabila aku naik ke bilik nenek aku, nenek aku mengigil. aku memanggil ibu bapa aku utk naik ke bilik dgn cepat. mereka dgn cepat menelefon paramadik apabile ternampak nenek ku manggigil. kesian seyh. skrg nenek ku sudah di discharged dari hospital. sry tak bilang whole story. malas ah nak type.

Sebelum hari raye!

Sigh...sekolah makin mendak seyh. hw makin byk dan camne saya hendak habiskan kalau hari raya makin dekat. hmm...mesti tolong ibu kemas bilik, bukak sofa baru dan vacuum rumah. Nasib baik ade iftar ngan kawan-kawan. sungguh menarik dgn mereka. BEST!

Sunday, January 10, 2010

Best nyer!

Aku sekarang sudah menengah dua. hahaha! tetapi tahun ini makin banyak projek untuk skolah semacam HIP, Life science dan lain-lainan. aku sekarang mengunakan tongkat untuk ke skolah dan kelas aku sekarang di tingkat satu kerana aku tidak boleh berjalan jauh. aku senang penat. aku hanya boleh jln mengunakan kaki saya untuk selama 5 minit sahaja. setiap hari harus minum susu dan gerak-gerakkan kaki aku supaya perjalanan darah dan sendi-sendi di bahagian kaki beransur baik dengan cepat. Untuk pulang ke rumah KU harus kol ibu aku untuk ambil aku dalam taxi untuk pulang. ini sahaja saya akan kata minggu ini. terima kasih.

Sunday, September 6, 2009

hari sabtu yang lalu...

hari sabtu yang lalu saya berbuka puasa dengan saudara-mara saya di 'chalet' changi. tempat itu menarik perhatian saya kerana tempat itu menakutkan saya. Apabila matahari terbenam, hutan di sekeliling 'chalet' itu menukar warna daripada hujau ke hitam gelap. dengan itu saya takut hendak kluar rumah itu. bila saya harus keluar untuk mengambil barang-barang di kereta bapa saya, saya mesti mengajak kakak saya ataupun membawa lampu suloh. tiba waktu sholat terawih saya memilih tempat sembahyang jauh dari pintu. kami sholat berjamaah terawih sebanyak 8 rakaat dan 3 witir. selepas itu kami bersembang-sembang sesama keluarga. pada jam sepuluh setengah saya dan keluarga saya bersiap-siap untuk beredar dari tempat itu. malangnye kereta bapa saya adalah kereta yang terakhir untuk keluar dari tempat paking itu kerana kami yang terdulu datang ke situ.

2 minggu lepas...

2 minggu lepas saya bersedia untuk peperiksaan akhir tahun dengan bersungguh-sungguh. Saya belajar subjek-subjek yang saya tidak bagos. Ada satu hari yang menarikkan perhatian saya. apabila saya mendapati balik kertas periksa saya daripada cikgu matamatik saya, saya mendapati markah tinggi dan markah 'geography' saya pun saya mendapati markah yang tinggi. Saya berasa sungguh bahagia. Dengan mendapati markah yang tinggi ini saya mahu bekerja dengan kuat untuk peperiksaan akhir tahun ini.

Monday, August 24, 2009

Minggu lepas...

Hari jumaat minggu lepas saya menyambut hari jadi saya dengan keluarga saya. Kita ke gedung belanje Ion. di sana kita makan di Swensens.selepas itu kita berjalan-jalan. Kita dapat berjumpa kedai Dunkin Donut yang kakak saya sangat kegemari. kita membeli banyak anikah.

Hari yang selepasnya hari untuk puasa. Saya susah hendak bangun pagi-pagi. tetapi dapat jugalah sahur dengan keluarga. Selepas sahur saya dengan keluarga saya bersholat suboh. kemudian kita semua memasuki bilik tidur sendiri dan bermula tidur.Petang hari itu saya bersiap untuk ke rumah nenek saya untuk berbuka puasa dengan saudara-mara saya. saya makan 'kentang ball' untuk buka. Isinya kentang dan daging dan ball itu di siram dengan kua yang nenek saya masak. Sungguh lazat makanan itu.

Ahad pula saya pun cuba hendak bangun tetapi susah betol untuk mencuci muka dan makan pagi-pagi. Hari itu kakak saya tidak makan ngan keluarga saya kerana saya pun tidak tahu. Petang hari itu saya bersiap lagi untuk ke rumah nenek saya yang lain dengan saudara-mara saya. Mereka membuat kek untuk menyambut hari jadi saya. Apabila saya memasuki rumah nenek saya mereka menyanyi lagu selamat hari jadi ke saya dan menyuruh saya memadam api di kek itu. Tetapi saya tidak boleh makan dulu kerana belum masa untuk berbuka.Hari itu sungguh seronok. Selepas berbuka semua saudara dan pakcik saya bersholat jemaah untuk Sholat maghrib dan kita juga bersholat terawih. Kemudian bapa saya bermula nantuk dan hendak pulang ke rumah. Kerana itu hari yang saya suka cepat berakhir.

terima kasih,
safiy Suherman

Tuesday, August 18, 2009

minggu lepas

minggu lepas saya berjalan-jalan di Orchad Road. Saya memakan di Swensens dan membeli buku cerita baharu.hari yang seterusnya pula saya ke Chalet di pasir ris untuk menyambut hari lahir saudara saya.saya dengan saudara-mara berjalan ke pasir ris park dan memakan Mcdonald di Downtown East.Ini saja...