Sunday, September 6, 2009

hari sabtu yang lalu...

hari sabtu yang lalu saya berbuka puasa dengan saudara-mara saya di 'chalet' changi. tempat itu menarik perhatian saya kerana tempat itu menakutkan saya. Apabila matahari terbenam, hutan di sekeliling 'chalet' itu menukar warna daripada hujau ke hitam gelap. dengan itu saya takut hendak kluar rumah itu. bila saya harus keluar untuk mengambil barang-barang di kereta bapa saya, saya mesti mengajak kakak saya ataupun membawa lampu suloh. tiba waktu sholat terawih saya memilih tempat sembahyang jauh dari pintu. kami sholat berjamaah terawih sebanyak 8 rakaat dan 3 witir. selepas itu kami bersembang-sembang sesama keluarga. pada jam sepuluh setengah saya dan keluarga saya bersiap-siap untuk beredar dari tempat itu. malangnye kereta bapa saya adalah kereta yang terakhir untuk keluar dari tempat paking itu kerana kami yang terdulu datang ke situ.

2 minggu lepas...

2 minggu lepas saya bersedia untuk peperiksaan akhir tahun dengan bersungguh-sungguh. Saya belajar subjek-subjek yang saya tidak bagos. Ada satu hari yang menarikkan perhatian saya. apabila saya mendapati balik kertas periksa saya daripada cikgu matamatik saya, saya mendapati markah tinggi dan markah 'geography' saya pun saya mendapati markah yang tinggi. Saya berasa sungguh bahagia. Dengan mendapati markah yang tinggi ini saya mahu bekerja dengan kuat untuk peperiksaan akhir tahun ini.

Monday, August 24, 2009

Minggu lepas...

Hari jumaat minggu lepas saya menyambut hari jadi saya dengan keluarga saya. Kita ke gedung belanje Ion. di sana kita makan di Swensens.selepas itu kita berjalan-jalan. Kita dapat berjumpa kedai Dunkin Donut yang kakak saya sangat kegemari. kita membeli banyak anikah.

Hari yang selepasnya hari untuk puasa. Saya susah hendak bangun pagi-pagi. tetapi dapat jugalah sahur dengan keluarga. Selepas sahur saya dengan keluarga saya bersholat suboh. kemudian kita semua memasuki bilik tidur sendiri dan bermula tidur.Petang hari itu saya bersiap untuk ke rumah nenek saya untuk berbuka puasa dengan saudara-mara saya. saya makan 'kentang ball' untuk buka. Isinya kentang dan daging dan ball itu di siram dengan kua yang nenek saya masak. Sungguh lazat makanan itu.

Ahad pula saya pun cuba hendak bangun tetapi susah betol untuk mencuci muka dan makan pagi-pagi. Hari itu kakak saya tidak makan ngan keluarga saya kerana saya pun tidak tahu. Petang hari itu saya bersiap lagi untuk ke rumah nenek saya yang lain dengan saudara-mara saya. Mereka membuat kek untuk menyambut hari jadi saya. Apabila saya memasuki rumah nenek saya mereka menyanyi lagu selamat hari jadi ke saya dan menyuruh saya memadam api di kek itu. Tetapi saya tidak boleh makan dulu kerana belum masa untuk berbuka.Hari itu sungguh seronok. Selepas berbuka semua saudara dan pakcik saya bersholat jemaah untuk Sholat maghrib dan kita juga bersholat terawih. Kemudian bapa saya bermula nantuk dan hendak pulang ke rumah. Kerana itu hari yang saya suka cepat berakhir.

terima kasih,
safiy Suherman

Tuesday, August 18, 2009

minggu lepas

minggu lepas saya berjalan-jalan di Orchad Road. Saya memakan di Swensens dan membeli buku cerita baharu.hari yang seterusnya pula saya ke Chalet di pasir ris untuk menyambut hari lahir saudara saya.saya dengan saudara-mara berjalan ke pasir ris park dan memakan Mcdonald di Downtown East.Ini saja...

Sunday, August 9, 2009

Best nye...

Minggu ini saya meraikan hari lahir Singapura. Dari hari Jumaat saya menyambut hari lahir singapura di sekolahku. Saya merasa sangat gembira pada hari itu kerana saya dapat menyambut hari lahir Singapura dengan kawan-kawan saya.Hari itu sungguh syiok.

hari yang ke esokkannye saya dengan saudara-mara saya meyambut di rumah saya sendiri. saya dengan saudara saya jalan ke Yew Tee Point dan membeli makanan di KFC. Selepas itu kita pulang rumah dan memakan makanan yang kita beli.

Hari ahad ini pula saya ke rumah nenek saya dan memelihara bunga api. Saya skrg sedang mrnunggu untuk esok kerana saya akan menonton cerita 'GI:Joe' di Vivo City. Saya harap semua sihat dan sedang mengadakan hari yang hebat ya.

Monday, August 3, 2009

minggu lepas...

minggu lepas hari yang pertama saya dapat masak air and membuat makanan roti sanwich. Hari sabtu pula saya membeli kasut baru dan memotong rambut saya kerana bapa saya yang paksa. Saya pun juga pada sama hari saya berlari-lari anak dan jatuh atas pasir di taman permainan tetapi saya tidak mendapat luka di sekitar badan saya. Pelik...itu sahaja.

Monday, July 27, 2009

minggu lalu...

minggu lalu saya bermain permainan PS3 kepunyaan saudara saya di rumahnya. saya bermain permainan yang paling ganas tetapi saya sangat mengemarinya. saya melakukan aksi ganas kepada musuh saya. Setiap kali saya menumbok musuh saya, darah akan mengalir dari mulutnya. permainan ini ialah sukan tinju. Saya memilih Muhammad Ali untuk berlawan dengan Chadd. Saya menang dalam permainan itu dengan menumbok musuh saya di perutnya dan dia jatuh di lantai dan memengsan.Itulah sahaja saya membuat yang menarikkan saya. Hari yang lain bermula sama dengan hari yang lain.Terima kasih untuk membaca text saya.

safiy

Monday, July 20, 2009

Minggu lalu...

Hello semua. Minggu yang lepas saya setiap hari slalu ade kerja rumah. Saya penat nak buat kerja rumah lah. Hari Sabtu saya bermain bola lagi dgn kawan bapa saya dan hari itu tidak hujan. Selapas bermain bola saya dgn keluarga pulang ke rumah untuk siap. Kita semua hendak menonton wayang di Pusat Membeli-belah VivoCity, tetapi apabila kita baru sampai ke Vivo bapa saya jatuh sakit demam. Ibu saya membawa bapa saya ke klinik sementara saya dgn adik dan kakak saya makan di Banquet... Itu saja lah k bye...

safiy Suherman

Tuesday, July 14, 2009

Minggu Yang sudah lalu...

Minggu yang lepas saya bermain bola sepak dengan kawan bapa saya di East Coast. Selepas bermain bola sepak saya makan makanan bee hoon yang di buat daripada kawan ibu saya. Makanan yang diperbuat dari cik itu terlalu manis. Makanan itu sangat manis sampai saya harus pergi tandas untuk dua hari.Terima kasih untuk membaca blog saya.

dibuat daripada,
Safiy Suherman

Tuesday, July 7, 2009




Hijab Sang Pencinta

Rasa rindu terhadap keluarga manggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk Pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. setiap langkahnya dibayangi halangan yang tidak berkesudahan.

berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda keran tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satulagi keajaiban. jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk samapi ke abad 21. Sekali lagi saifudin bertemu dengan Haryani dan kasih cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, Kejahatan yang sentiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengkatan yang tercetus di langit berlaku lagi.

1)Kenapa saifudin lari ke gua?
2)Saifundin bernikah dengan siapa?Kenapa?
3)Apa telah jadi ke keluarga Saifudin?


Hsiao Fey-Aisyah

Novel ini adalah lukisan penghidupan di dalam sebuah masyarakat majmuk.Perasaan saling hormat menghormati, saling faham memahami dan kasih sayang antara satu sama lain,adalah asas intergerasi yang melahirkan suatu masyarakat majmuk yang harmoni.

Hsiao Fey gadis lumpuh sejak dilahirkan, yang tidak pernah mendapat kasih sayang dari kedua ibu bapanya sejak kecil lagi. Dia bersekolah di sekolah kanak-kanak berpenyakit kajang. Hsiao Fey berkenalan dengan Muhammad Burhan, pemuda berusia 34 tahun yang menjadi arkitek di sebuah firma antarabangsa dan menjadi guru sukarela mengajar drama di sekolah kajang itu.

Mhammad Burhan yang putus tunang dengan Aisyah, mendapati wajah Hsiao Fey menyerupai wajah Aisyah. Hsiao Fey pula, semenjak bertemu dengan Muhammad Burhan, rasa seolaholah mendapat kasih sayang yang tidak pernah dirasai selama ini. Hidupnya yang kosong di dalam kegelapan mendapat sebatang lilin yang menerangi hidupya.

Malangnya hubungan yang semakin mesra itu mendapat tentangan dari ibu gadis itu dan juga ibu Muhammad Burhan, kerana mereka berlainan bangsa,agama dan adat resam.


1)Siapa ibu bapa Hsiao Fey?
2)Kenapa Muhammad Burhan putus tunang dengan Aisyah?
3)Kenapa Hsioa Fey tidak dapat kasih sayang dari ibu bapanya?
4)Di mana Hsiao Fey berkenalan dengan Muhammad Burhan?
5)Kenapa Muhammad Burhan lebih suka dengan Hsiao Fey daripada Aisyah?

Tuesday, June 23, 2009

3 minngu yang lalu...

3 minggu yang lalu saya tidak membuat apa-apa yang amat menyeronokkan saya,tetapi satu hari yang menarikkan saya ialah berjalan-jalan dengan saudara-mara saya. Kita melancong ke Malaysia untuk membeli-belah di Tebrau,Jusco. Saya membeli baju-naju jalan sahaja kerana di situ baju-baju jalan semua murah. Selepas membeli-belah saudara saya ajak saya dengan saudara saya yang lain memakan di Restorant 'Pizza Hut'.

Monday, June 8, 2009

Apa saya membuat minggu lepas

Isnin 8/6/2009


Saya menonton cerita 'Night At The Museum 2'. Ceritanye amat menarik. Ceritanya pun kelakar. Hari yang sama pula saya menyabut hari jadi bapa saya. Saya dan keluarga saya mengajak bapa saya makan di 'Ramen Ten'. Kita makan banyak jenis sushi,tetapi bapa saya yang membayar harga sushi yang kita makan. Saya dan keluarga saya makan sushi hampir 81 dollar. Saya menyelesia di sini. Harap kamu baca.

Safiy Suherman

Sunday, May 24, 2009

Pantun melayu tentang pelajaran

Beriadah bersama satu keluarga,
Kami semua sangat gembira,
jika kamu sudah berjaya,
usah dilupajasa ibu dan ayah,

Suatu hari aku akan berkerjaya,
menjadi orang yang amat berguna,
jika anda ingin berjaya juga,
mari kita belajar bersama,

Berjalan di Orchad Road bersama keluarga,
sambil berjalan bergelak ketawa,
jika kita inginkan sesuatu yang berharga,
kita harus rajin berusaha.

Extra
(Duduk berkunpul bersama keluarga,
sambil menonton rancangan telivisyen,
jika anda beringin berjaya,
rajin-rajinlah buat revision.)

Sunday, March 29, 2009

tajuk buku cerita:Gelagat


Ringkasan cerita ini ialah tentang pelajar-pelajar murid sekolah rendah menghadapi pelbagai kerenah,gelagat,ragam dan rencam zaman persekolahan yang beragam.
Tema yang diketengahkan merangkumi nilai persahabatan ,tanggungjawab,cintai sekolah,sayangi guru-guru,keprihatinan terhadap ilmu,menghormati orang tua dan sebagainya. Ianya amat sesuai dihayati oleh para pelajar baik di bangku sekolah rendah mahupun menengah kerana nilai moral yang dipaparkan mampu memberi pedoman dan membentuk sahsiah diri yang amat berguna.

watak buku ini ialah Fdawati, Sit Pik Kay, Zainol, Suguraman, Cikgu Niwana, hilal ,Clayton Leong Cikgu Ooi Fong, Amirah, Mei Lin, Ramli, Lee, Nurhafni, Pak Cik Yunus, Mak Cik Sajiah, Puan Sabariah.


1.) Kenapa Zainol tidak boleh koncentrasi di dalam kelas?
2.) Siapa Berkata Nurhafni cantik?
3.) Siapa menyuruh Pak Cik Yunus menampalkan subuah amaran untuk pelajar-pelajar dan kenapa?
4.) Kenapa Fedewati memuji Pak Cik Yunus dan kenapa?
5.) Siapa menjerit 'Ini hari kita!' dan kenapa dia menjerit?


Dibuat daripada,
Safiy SuhermanXD

Monday, March 9, 2009

Hi

Apa Khabar semua!