Tuesday, July 7, 2009



Hsiao Fey-Aisyah

Novel ini adalah lukisan penghidupan di dalam sebuah masyarakat majmuk.Perasaan saling hormat menghormati, saling faham memahami dan kasih sayang antara satu sama lain,adalah asas intergerasi yang melahirkan suatu masyarakat majmuk yang harmoni.

Hsiao Fey gadis lumpuh sejak dilahirkan, yang tidak pernah mendapat kasih sayang dari kedua ibu bapanya sejak kecil lagi. Dia bersekolah di sekolah kanak-kanak berpenyakit kajang. Hsiao Fey berkenalan dengan Muhammad Burhan, pemuda berusia 34 tahun yang menjadi arkitek di sebuah firma antarabangsa dan menjadi guru sukarela mengajar drama di sekolah kajang itu.

Mhammad Burhan yang putus tunang dengan Aisyah, mendapati wajah Hsiao Fey menyerupai wajah Aisyah. Hsiao Fey pula, semenjak bertemu dengan Muhammad Burhan, rasa seolaholah mendapat kasih sayang yang tidak pernah dirasai selama ini. Hidupnya yang kosong di dalam kegelapan mendapat sebatang lilin yang menerangi hidupya.

Malangnya hubungan yang semakin mesra itu mendapat tentangan dari ibu gadis itu dan juga ibu Muhammad Burhan, kerana mereka berlainan bangsa,agama dan adat resam.


1)Siapa ibu bapa Hsiao Fey?
2)Kenapa Muhammad Burhan putus tunang dengan Aisyah?
3)Kenapa Hsioa Fey tidak dapat kasih sayang dari ibu bapanya?
4)Di mana Hsiao Fey berkenalan dengan Muhammad Burhan?
5)Kenapa Muhammad Burhan lebih suka dengan Hsiao Fey daripada Aisyah?

No comments:

Post a Comment